macam mana susu hari ni?? dapat banyak ker?? Alhamdulh kalau susu banyak dapat mengenyangkan si manja tersayang kan.....
Al-maklum la kan penyusuan susu ibu ini kan ada banyak kelebihan yang tersurat dan tersiratnya. Malah penyusuan susu ibu sebenarnya adalah pendidikan terawal yang diterima oleh anak. Peranan mendidik anak melalui proses penyusuan ini hanya dianugerahkan oleh Allah S.W.T kepada kaum wanita kerana naluri keibuan dan sifat penyayang yang ada dalam diri seorang wanita.
Secara azalinya, seorang bayi mempunyai naluri yang kuat untuk menyusu dari payudara ibunya. Penyusuan susu ibu apabila dimulakan sebaik kelahiran memberi manfaat besar kepada kesihatan (jasmani) dan rohani bayi kecil tadi. Dari sudut kesihatan kolostrum memberi antibodi yang amat diperlukan bayi untuk ketahanan diri di awal-awal kelahiran. Dari kesihatan rohani pula, bayi akan rasa selamat dan dilindungi setelah melalui saat-saat getir kelahiran. Malah bayi akan segera merasakan kasih sayang si ibu dalam dunia asing yang serba baru baginya.
Maka sebab itulah, penyusuan susu ibu adalah kewajipan yang telah ditetapkan oleh Allah ke atas seorang wanita bergelar ibu (jika ibu sememangnya berkemampuan untuk menyusukan anak). Ketetapan ini telah disebutkan di dalam firman Allah dalam Surah Al-Baqarah Ayat 233 yang bermaksud:
“Para ibu hendaklah menyusui anak-anaknya selama 2 tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan.”
Malah Rasulullah S.A.W pernah bersabda,
” Dan tidak ada seorang pun perempuan yang hamil dari suaminya, kecuali ia berada dalam naungan Allah azza wa jalla, sampai ia merasakan sakit kerana melahirkan, dan setiap rasa sakit yang ia rasakan pahalanya seperti memerdekakan seorang hamba yang mukmin. Jika ia telah melahirkan anaknya dan menyusuinya, maka tak ada setitis pun air susu yang dihisap oleh anaknya kecuali ia akan menjadi cahaya yang memancar di hadapannya kelak di hari kiamat, yang menakjubkan setiap orang yang melihatnya dari umat terdahulu hingga yang kemudian. Selain itu ia dicatat sebagai seorang yang berpuasa, dan sekiranya puasa itu tanpa berbuka nescaya pahalanya dicatat seperti pahala puasa dan qiyamullail sepanjang masa. Ketika ia menyapih (cerai susu) anaknya Allah Yang Maha Agung sebutan-Nya berfirman: ‘Wahai perempuan, Aku telah mengampuni dosa-dosamu yang lalu, maka perbaruilah amalmu.”
(Mustadrak Al-Wasail 2: bab 47, hlmn 623)
Tetapi... macam mana hendak banyakkan susu tersebut???tambah2 kalau ibu2 yang sedang bekerja .. aiii pening n risau kan?..So, disini saya ingin berkongsi beberapa tip untuk ibu2 yg menyusu supaya susu menjadi banyak dan melimpah ruah Insha ALLAH ;)
TIP-TIP BANYAKKAN SUSU BADAN
1. Perah (Pam) Dengan Kerap dan Konsisten
Perkara paling asas untuk tambah dan pastikan susu badan meriah adalah dengan kerapkan sesi perah susu. Sebaiknya pam susu setiap 2-3 jam sekali. Lagi bagus kalau anak kita kerap nak menyusu.Kalau masa mula-mula pam nampak susu yang keluar tu sikit, teruskan pam dengan konsisten. Insya-Allah semakin kerap di pam, susu yang terhasil akan semakin banyak. Yang penting kena konsisten.
Susu terhasil dengan konsep “supply and demand”. Kalau demand tinggi, supply pun akan tinggi.
Demand = kekerapan bayi menyusu, atau kekerapan ibu memerah susu
Supply = kuantiti susu yang dihasilkan oleh ibu
Point Penting: Kalau kita tak perah dengan kerap, susu pun susah nak refill.
2. Minum Air Sekurang-Kurangnya 3 Liter sehari.
![]() |
| Minum air kosong penting untuk menghasilkan susu |
Komponen utama susu badan adalah air. Jadi kalau anda pun tak cukup air, macam mana susu nak cukup kan?
Lagi satu, sebaiknya anda banyakkan minum air kosong ataupun susu sebab air yang manis akan menyerap cecair dalam tubuh kita dan boleh menyebabkan kita dehidrasi. Nak minum boleh, tapi berpada-pada dan kalau boleh, elakkan..Nak juga minum..minum la minuman yg ade kalsium sepert susu ataupun horlicks.ataupun boleh amalkan sumber kalsium
3. Pastikan makan makanan berkhasiat , jangan skip!
![]() |
| Jangan Skip Makan & Pastikan Ia Berkhasiat (Credit: Food.Gov.Uk) |
Kekurangan nutrisi boleh menyebabkan penghasilan susu terganggu. Lagipun kalau anda membiarkan perut anda masuk angin, ada kemungkinan besar anak anda akan ‘kembung’.
*Tips: Bawa beberapa keping roti atau biskut bersama anda ke mana saja supaya anda boleh mengisi perut apabila terasa lapar
4. Kekal Ceria dan jangan stress..;)
![]() |
| Kekal ceria bersama si manja anda |
Jangan salahkan diri jika anda stress atau rasa nak menjerit. Ia normal ibu-ibu Anda tidak keseorangan. Fasa ini akan berlalu lepas lengkap 40 hari. Atau paling lama 3-4 bulan
Anak membesar sekejap saja.
Sedar-sedar nanti, dah tengok baby kita dah pandai berjalan.
Antara tips untuk memastikan susu banyak ketika pam ialah dengan menatap gambar anak anda. Dalam handphone tu mesti banyak gambar comel di manja kan?
Info:Vitamin B complex boleh membantu merangsang penghasilan hormon serotonin iaitu sejenis hormon ‘ceria’ dan menghilangkan stress :-)
5. Amalkan Suplemen Seperti Set Penyusuan Shaklee
Suplement seperti Set Penyusuan Shaklee boleh membantu membanyakkan susu badan. Ia telah terbukti berjaya membantu ramai ibu-ibu yang menghadapi masalah susu merudum,Set Penyusuan Shaklee terdiri daripada 7 suplement yang boleh dipilih mengikut kesesuaian dan masalah penyusuan yang dihadapi.
Set Penyusuan Lengkap terdiri daripada :
- Vita - c
- Vita - Lea
- Esp
- Ostematrix
- Alfalfa Complex
- B Complex
- Omega Guard
* Anda boleh baca dengan lebih detail berkaitan SET PENYUSUAN LENGKAPdisini :)
Semoga perkongsian tip2 ini dapat membantu para2 ibu sekalian..selamat menyusu yaaa.....
Sebarang pertanyaan, konsultasi dan pesanan jangan segan silu boleh hubungi saya di:
pm/contact : fb dyera kaieyra
COD : Kota bharu.kubang kerian.bachok.kemumin, PC, panji dan
sewaktunya :)
pm/contact : fb dyera kaieyra
call/sms/whatsapp : 013-981 1616 ( whatsapp ) / 017-9836337 ( sms )
fanpage : 101 Khasiat Shaklee
Email : dyera279@gmail.com
COD : Kota bharu.kubang kerian.bachok.kemumin, PC, panji dan
POSTAGE : Seluruh malaysia termasuk sabah dan sarawak
Ingin mendapatkan harga yang murah??? harga ahli? Sudah semestinya!
CARANYA...
Hanya DAFTAR AHLI anda akan mendapat harga ahli dan kelebihan lain bila mendaftar ahli Shaklee.
Hanya DAFTAR AHLI anda akan mendapat harga ahli dan kelebihan lain bila mendaftar ahli Shaklee.






Tiada ulasan:
Catat Ulasan